KERANGKA CADANGAN MENGENAI PENUBUHAN GABUNGAN BADAN EKONOMI MELAYU (GABEM)
1.0 Pendahuluan :
GABEM perlu ditubuhkan untuk memajukan suara kolektif badan-badan ekonomi
Melayu kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kepada Biro
Ekonomi UMNO Malaysia yang di Pengerusikan oleh Perdana Menteri berkaitan
Isu-isu dan cabaran usahawan dan korporat Melayu.
2.0 Isu dan Cabaran yang perlu ditangani GABEM
Antara Isu dan Cabaran semasa termasuklah :-
a. Sejauh mana dasar 60 % perolehan kontrak kerajaan untuk membantu
golongan Bumiputra telah dilaksanakan
b. Sabotaj ke atas ekonomi masyarakat Melayu – siapa yang lakukan,
bagaimana ia berlaku dan bagaimana dapat di atasi
c. Bagaimana nak dipastikan Bank IKS yang baru ditubuhkan ini benar-benar
dapat memudahkan usahawan Melayu untuk mendapatkan modal
d. Memperkasa peranan Kementerin Usahawan dan MARA untuk membantu
usahawan Bumiputra
e. Survival pengusaha teksi dan bas ekspres Melayu
f. Undang-undang dan peraturan berkaitan perlesenan, urusan pentadbiran korporat dan sebagainya yang membebankan – cadangan untuk mengatasinya
g. Membantu usahawan Bumiputra untuk memiliki bangunan dan permis perniagaan dengan mudah – Perlukah skim sewa beli seperti mana yang telah dilaksanakan oleh UDA dihidupkan semula
h. Peranan Kerajaan Negeri dan Majlis Berkuasa Tempatan untuk memperkasakan Agenda Bumiputera
i. Dana Harta untuk membantu usahawan besar yang berhutang besar – tidakkah wajar dibentuk satu Dana Harta IKS untuk membantu syarikat kecil yang bermasalah dengan bank
j. Diskriminasi dalam proses tender, penswastaan dan “direct nego” – benarkah ini berlaku dan bagaimana mengatasinya
k. Penyertaan Melayu dalam sektor baru seperti Bioteknologi, ICT, Pemilikan Harta Intelek, Franchise dan lain-lain
l. Menggalakkan Pembentukan Inkubator Usahawan Muda supaya generasi pelapis Melayu akan dapat menambahkan bilangan syarikat Melayu yang disenaraikan di Bursa Malaysia
m. Menambahkan bangunan rumah kedai, kilang dan bangunan tinggi milik Melayu
n. Peranan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia untuk memajukan Profesional Melayu dalam perniagaan, insurans, pengurusan dan dan sebagainya
o. Profesional Melayu seperti arkitek, jurutera, juruukur bahan, akuantan dan masa depan mereka
p. Peranan GLC, KWSP, Badan Berkanun dan PNB untuk memajukan usahawan Melayu
q. Gerakan Koperasi dan strategi kemajuan ekonomi Melayu
r. Diskriminasi terhadap usahawan Wanita – apakah ianya benar berlaku?
s. Penubuhan Majlis Perunding Ekonomi Cina, adakah ianya satu ancaman terhadap ekonomi Melayu atau ianya satu peluang untuk menjalinkan kerjasama tulin usahawan Melayu dan usahawan Cina
t. Memorandumdemi memorandum telah dihantar oleh badan ekonomi Melayu kepada kerajaan – apakah tindakkan yang telah diambil? Siapakah yang memantau kemajuan yang telah dicapai? Bolehkah kita mengumpulkannya semula dan tangani agenda yang belum selesai seperti yang terkandung dalam memorandum tersebut?
u. Perancangan Belanjawan Negara, Dasar Cukai, Kawalan Harga dan dan bagaimanakah ianya boleh mengurangkan bebanan terhdap usahawan Melayu dan bagaimanakah ianya boleh merangsang kemajuan usahawan Melayu
v. Meningkatkan Komitmen Ketua Eksekutif Institusi Ekonomi Melayu untuk menjayakan Agenda Melayu dan Agenda Modal Insan Melayu
w. Sistem Ekonomi Islam, Pemakanan Halal, Takaful dan Perbankan Islam
x. Siswazah Melayu dan Bidang Keusahawanan; Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu mereka sudah mencukupi?
y. Amalan Rasuah sebagai musuh usahawan Melayu – Bagaimanakah cara untuk mangatasinya?
z. Usahawan Melayu dan Budaya Korporat Prihatin
3.0 SYOR DAN SARANAN
Beberapa isu yang disenaraikan di atas adalah contoh. Bagaimanakah harus kerajaan dan masyarakat Korporat Melayu berganding bahu untuk mangatasinya? Isu yang mana menjadi keutamaan? Yang mana pula yang tertinggal dan tidak disebut?
Justeru, bagi menjawab persoalan itu maka wajarlah pembentukan GABEM ini diperbincangkan terlebih dahulu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home